Friday, August 22, 2008

Dikir Barat Berasal Dari Ciptaan Pak Leh Tapang


Dikir Barat Berasal Dari Ciptaan Pak Leh Tapang.

Bila memperkatakan Dikir Barat, nama Pak Leh Tapang tidak boleh dilupai. Ramai orang mengenali beliau kerana Dikir Barat Pak Leh Tapang atau nama sebenaraya Haji Mat Salleh bin Haji Ahmad berasal dari Kampung Tapang. Beliau telah mengakui sendiri yang Dikir Barat ini sebenarnya berasal dari Selatan Siam. Beliau telah mengubah permainan ini dengan menambahkan pantun-pantun di dalamnya.

Jadi sebelum itu, ketika Dikir Barat dibawa ke Kelantan ianya adalah di dalam bentuk Dikir tanpa pantun.Semasa pemerintahan Jepun, beliau pernah dipanggil untuk meriwayatkan sesuatu dengan cara berpantun. Masa itu juga ada satu kumpulan berdikir yang diketuai oleh Jaafar Wakaf Mek Zainab yang memperkenalkan Dikir Barat dikampungnya. Awak-awaknya terdiri daripada orang-orang Melayu Barat (Selatan Siam). Mereka melagukan lagu-lagu yang dibawa dari Selatan Siam dan Pak Leh Tapang pula yang menggubah dan menambahkannya dengan pantun-pantun untuk menyedapkan lagi Dikir Barat.

No comments: