Friday, August 22, 2008

Alat-Alat Muzik Dikir Barat

Persediaan Alat-Alat Muzik

  • Rebana Ibu Dan AnakRebana ini mempunyai satu muka berbentuk bulat dengan menggunakan belulang kambing dipasang pada badan dengan siratan tali rotan kepada cincin rotan di bawah rebana itu.Badan dibuat daripada kayu yang tidak dalam (5-6 inci dalam). Belulang dikemaskan dengan menggunakan pancang kayu antara cincin dan bahagian bawah badannya.
  • Rebana Anak lebih kecil saiznya daripada Rebana Ibu









  • Tetawak dibuat daripada perunggu berbentuk bulat. Dindingnya tebal, berbusut ditengah-tengah permukaannya. Picnya lebih tinggi dari gong agung. Biasanya tetawak ini digantung dan dipalu busutnya.



  • Marakas,Sepasang Marakas juga digunakan dalam persembahan dikir barat. Ia biasanya dibuat daripada kayu atau plastik dan tempurung kelapa. Kayu yang digunakan dilarik, dilicinkan dan dibentuk bulat seperti bola. Di dalamnya dimasukkan biji-biji batu kecil, untuk menghasilkan bunyi. Kayu pemegang dipasang untuk memudahkan pemain memainkannya.






  • Pakaian Didalam permainan Dikir Barat di Kelantan yang berasal dari Selatan Siam itu tidak ada pakaian tertentu atau yang menarik dipakai oleh Juara, Tukang Karut dan awak-awak. Ini tidak dapat dinafikan kerana permainan ini ialah permainan rakyat biasa dikawasan sawah-sawah padi dan kampung-kampung, tetapi kini lengkap berpakaian kemas dengan dastanya sekali.









1 comment:

mbikejbc said...

Tuan... Blog semakin menaarik... teruskan...